21 September 2012

SENAM EROBIK SERENTAK 1M1S


sedikit pengenalan mengenai 1M1S

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia tahun 2012 telah pun berakhir dan ianya dijalankan seretak seluruh Malaysia pada selasa 10 Julai 2012 pukul 8 pagi. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik yang dianjurkan.

Dua rekod pencapaian senamrobik sebelum ini :

“Largest Children Aerobic Session” yang berlangsung di Lumut Perak pada 27 Disember 2003 dan melibatkan penyertaan seramai 8,123 orang. “Largest Participation In An Aerobic Session anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 15 Jun 2003 yang melibatkan penyertaan seramai 157,574 orang. Tujuan Aktiviti dijalankan

Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan; Melibatkan penyertaan semua murid; Mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas; Mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul; Meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

yang pasti semua pakat sronok disamping dapat mengeluarkan peluh dan dapat keep fit hehe

saya selaku jurugambar dan setting video dapat merakamkan detik-detik manis untuk warga sekolah dan PIBG

penyampaian sijil

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-55


SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-55 "JANJI DITEPATI"

sambutan hari kemerdekaan ke-55) disambut dengan meriah. rasa semangat kemerdekaan terasa hingga ada staff yang mengalirkan air mata kerana terharu dengan semangat murid-murid dan para kakitangan sjkc kampung jawi.. saya selaku jurukamera turut terasa bahang semangat kemerdekaan..saya saya telah merakam semasa murid-murid menyanyikan lagu 1 malaysia,tetapi tak dapat nak upload... sedangkan saya disekolah cina terasa semangat kemerdekaan yang membara, macamana dengan sekolah kebangsaan SK,adakah sekolah anda meriah seperti sekolah saya?? tgk gambar yang saya snap berikut:

berbaju batik merah untuk permulaan majlis

dari pra sekolah hingga murid tahun 6 dengan bendera buat sendiri(semangat tu)

edit khas untuk pra-sekolah




sukan sekolah 2012 =))


sukan sekolah pada 1 julai 2012

syok sangat sebab suma org syok haha...

pemegang bendera terhormat

pasukan tentera kuning!!

pasukan tentera biru!!

pasukan merah dan ahlinya

pasukan hijau dan ahlinya

pra sekolah pun syok

semua happy

after long vacation 2012

setelah sekian lama tak update blogs sekolah.. bru nak refresh balek otak ni cara nak update blogs