21 January 2013

Pemberian Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013


pada 17Januari lalu, sekolah mengadakan majlis pemberian wang bantuan khas awal persekolahan kepada murid-murid.berikut sedikit info mengenai wang bantu tersebut.


Pemberian Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013
PENDAHULUAN
Pada 28 September 2012, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet    Negara bagi tahun 2013 telah meluluskan   peruntukan sejumlah RM540 juta untuk    pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga  Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun  2013.

OBJEKTIF
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun  yang ditanggung oleh ibu bapa atau  penjaga murid.

KRITERIA KELAYAKAN
1. Murid warganegara Malaysia
2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sesi persekolahan 2012 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2013
3. Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2013 sahaja


 ketibaan Y.Bhg Dato' Zainal Abidin bin Osman 




  Y.Bhg Dato' Zainal Abidin bin Osman beramah mesra dengan waris SJK C Kampung Jawi






 ucapan kata alu-aluan dari Tan Cheng Liang



 pemberian wang bantuan permulaan persekolahan untuk murid-murid









Y.Bhg Dato' Zainal Abidin bin Osman  mengisi buku pelawat sekolah




 selesai majlis pemberian wang bantuan khas persekolahan




p/s: diharap wang bantuan yang diberikan dapat meringankan beban untuk menyediakan anak-anak ke sekolah.. terima kaseh...

No comments:

Post a Comment