05 October 2012

apakah VLE

apa VLE??









saya copy dari

sini Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia. Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.

Apakah VLE?


Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibubapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemaskini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

No comments:

Post a Comment