05 October 2012

merentas desa 2012

PENGENALAN

Sekolah merupakan salah sebuah institusi yang mampu menjadi ejen berkesan kearah menyatupadukan murid pelbagai kaum di negara ini. Dalam hal ini, sekolah perlu memainkan peranan masing-masing untuk meletakkan agenda integrasi dan perpaduan sebagai matlamat utama ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, aman dan sejahtera.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan elemen perpaduan dan integrasi nasional dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sebagai antara fokus utama dalam Teras Satu " Membina Negara Bangsa". Elemen ini penting bagi memastikan negara yang diduduki pelbagai kaum seperti Malaysia akan terus maju dalam suasana yang stabil dan harmoni.

Bagi merealisasikan hasrat ini, KPM telah memperkenalkan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diilhamkan oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang bertujuan mempertingkatkan dan menyuburkan semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkin kepada perpaduan nasional. Pelaksanaan program ini selaras dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan selama ini untuk membentuk keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

APAKAH RIMUP Program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang. dan kepakaran.

MATLAMAT Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, bersemangat muhibah, memiliki jiwa dan peribadi unggul serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu demi kesejahteraan negara.













p/s: pada sekolah yang nak gambar acara merentas desa tu boleh download kat sharing is caring ditepi blog ini..tq saya dah edit dalam bentuk format untuk repot.cuma edit kat lambang sekolah

No comments:

Post a Comment